KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi mengubah industri pelancongannya dengan inisiatif pelancongan pintar, sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan mendukung seluruh spektrum pendigitalan, negara dapat menyediakan peralatan yang perlu bagi industri pelancongan dan dihubungkan ke peringkat antarabangsa.
"Kita juga dapat mengadakan analisis data rapi mengenai masa hadapan pelancongan dan menyingkatkan rangkaian tawaran.
"Untuk menjadikannya satu kenyataan, satu iklim pelaburan baru diperlukan untuk satu persekitaran kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berpusatkan teknologi bergerak ke hadapan. Pelaburan dalam infrastruktur keras dan lembut perlu diseimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada semasa melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Menurutnya, dasar kebangsaan diperlukan untuk membenarkan insentif pelaburan dalam produk yang lebih tidak ketara seperti data perolehan, penciptaan kandungan dan kewujudan platform dalam talian.
Beliau menjelaskan bahawa pemegang taruh industri kini melabur lebih aktif dalam perkongsian ekonomi yang berkenaan, platform digital, integrasi sosial media, serta analisis data besar untuk menyesuaikan pengalaman pelancongan yang menawarkan kepada demografi khusus seluruh sejagat.
"Sektor pendigitalan juga penting kerana kemajuan teknologi juga membawa pelanggan menggunakan peralatan boleh alih dan platform dalam talian untuk mendapatkan maklumat, susunan, buku dan merancang satu percutian yang menyeluruh," katanya.
Dr Mahathir berkata, insentif khusus sedang dirumus untuk menarik pelaburan infrastruktur keras dan pelaburan berdasarkan teknologi baharu dalam sektor pelancongan yang menjadi pemangkin kepada perlindungan alam sekitar, pemuliharaan dan pelestarian kebudayaan dan warisan tempatan.
"Kita yakin ini akan dapat memastikan kekayaan daripada pelancongan akan berkembang luas hingga mencapai kepada pihak komuniti luar bandar yang menawarkan pengalaman unik kepada pelancong. Untuk itu, bidang ini boleh dicapai menerusi pembangunan eko-pelancongan mampan.
"Eko-pelancongan adalah sektor kecil bernilai tinggi yang menawarkan pengalaman dan jelajah tulen yang unik kepada satu tempat tertentu. Lumrahnya, kerana ketidakcukupannya, ia berpotensi menjadi satu destinasi penting, yang membawa masuk pelancong bernilai-tinggi,” katanya. - Bernama