PPM Pelabuhan Klang rampas bubu naga

Iklan
Antara pukat bubu naga yang dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam operasi di perairan Sungai Besar semalam.

SUNGAI BESAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang merampas pukat bubu naga menerusi operasi Op Gelora di perairan Sungai Besar di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, operasi itu dijalankan kira-kira jam 3.18 petang.

Iklan
Iklan

"Anggota operasi berjaya mengesan tiga pancang penanda buluh terapung.

"Hasil pemeriksaan mendapati di bawah pancang tersebut terdapat pukat bubu naga dan pemantauan hampir satu jam di kawasan tersebut tidak mengesan pemilik yang hadir di lokasi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, sebanyak 15 pasang pukat bubu naga bernilai RM1,500 telah dirampas.

Katanya, pukat tersebut telah dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Iklan
Antara pukat bubu naga yang dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam operasi di perairan Sungai Besar semalam.

"Kes ini adalah satu kesalahan yang disiasat mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.

Menurutnya, bubu naga telah diharamkan kerana menjejaskan sumber marin.

"Mata pukat bubu naga jauh lebih kecil mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah masuk ke perangkap jaring terbabit.

"Penggunaan bubu naga menjejaskan habitat marin dan mengakibatkan hasil laut makin berkurangan," katanya.