Batu Pahat catat IPU tidak sihat

Iklan
Chen Choon (tiga dari kiri) menunjukkan papan tanda amaran melarang pembuangan sampah di kawasan yang sebelum ini dijadikan tapak sampah haram di Taman Lagenda Putra, Kulai.

KULAI - Batu Pahat mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 9 pagi ini, IPU di Batu Pahat mencatatkan bacaan 102.

Iklan
Iklan

Lebih membimbangkan berlaku peningkatan bacaan IPU di lapan stesen pencerapan di negeri ini yang boleh mencecah bacaan 205 iaitu IPU sangat tidak sihat.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan berbahaya jika melebihi 300.

Iklan

"Dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, banyak kawasan hutan dan pinggir hutan di negeri ini dilaporkan terbakar disebabkan cuaca kering dan tiada hujan.

"Orang ramai dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung ketika jerebu berlaku pada masa ini," katanya ketika ditemui pada operasi pembersihan khas sampah haram di Taman Lagenda Putra, Kulai hari ini.

Iklan

Hadir sama, Pengarah SWCorp negeri, Tuan Cairul Hisham Jalaluddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohammed Shakib Ali.

Chen Choon turut menasihatkan pemilik tanah agar sentiasa memantau tanah mereka supaya tidak dijadikan tapak sampah haram yang berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya pembakaran terbuka seterusnya terjadi jerebu.

Menurutnya, pemilik tanah yang gagal memantau tanah mereka sehingga dijadikan tapak sampah haram boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.