KUALA PILAH – Ibu tunggal bersyukur apabila impian mendiami rumah sendiri tercapai setelah 16 tahun menumpang di rumah adiknya.
Rahmah Udin, 65, dari Kampung Kuala Rembang Panas, Juasseh, merupakan penerima rumah menerusi rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia memperoleh pendapatan harian dengan menjual santan di Pekan Juasseh dan keadaan itu sukar untuknya membeli rumah sendiri.
"Wang itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Permohonan mendapatkan rumah ini pula yang keempat selepas permohonan sebelum ini tidak berjaya.
"Saya berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu, bermula daripada itu saya terpaksa memikul tugas membesarkan ketiga-tiga orang anak.
"Alhamdulillah, dengan pendapatan menjual santan ini, saya mampu membesarkan mereka dan bersyukur mereka semua berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading,” katanya.
Manakala menceritakan permulaan pemilikan rumah itu, Rahmah berkata, dimaklumkan permohonan rumah PPRT telah diluluskan awal tahun ini seterusnya ditunaikan dengan bantuan Giat Mara selaku pelaksana.
"Terima kasih kepada pihak yang berkenaan yang prihatin dengan nasib kami sekeluarga yang sudi membantu dan diharap ia memberi permulaan kepada kami untuk merubah kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Majlis penyerahan kunci rumah PPRT itu disempurnakan pegawai Penyelaras Dun Senaling, Rais Basiron.
Hadir sama, Pengarah Giat Mara negeri, Mohamad Tasimin; Pengurus Giat Mara Kuala Pilah, Norazlan Jamaludin dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Zaidi Abu Bakar.
Sementara itu, Mohamad berkata, sebanyak empat buah rumah kategori pembinaan rumah baharu, manakala 25 rumah kategori baik pulih telah dilaksanakan di Parlimen Kuala Pilah.
"Sudah menjadi menjadi keutamaan pihak kami untuk membantu golongan memerlukan serta kurang mampu.
"Inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri sekali gus menikmati kehidupan lebih selesa bersama keluarga,” katanya.