Kerajaan PH tidak berpecah-belah: PM

Iklan
Dr Mahathir diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi hadir pada 'Persidangan Pelancongan Sedunia 2019' hari ini.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berpecah-belah mahupun hilang sokongan seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, anggota Kabinet duduk bersama-sama dan mampu membuat keputusan mengenai isu kritikal sejak hampir setahun.

Iklan
Iklan

"Anda boleh lihat sama ada saya berjalan bersendirian atau tidak.

"Saya berjalan di mana-mana dan di mana sahaja saya pergi orang ramai akan berjabat tangan dan menyatakan sokongan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa PH akan berpecah-belah berikutan pertelingkahan dalaman.

Iklan
Iklan

Zahid berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-73 di Pusat Perdagangan Dunia Putra di sini Ahad (25 Ogos). - Bernama