Kongres Profesor Negara angkat tema 'Membina Jati Diri Malaysia'

Iklan
Rais (dua dari kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Pra Kongres Profesor Negara kali ketika di Balai Ilmuan MPN di sini hari ini.

KAJANG - Kongres Profesor Negara kali ketiga anjuran bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dan Yayasan Budi yang dijangka diadakan Oktober ini akan mengangkat tema 'Membina Jati Diri Malaysia'.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kongres, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, pemilihan tema itu dibuat selari dengan usaha memperkukuhkan lagi pembinaan jati diri dalam kalangan rakyat di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota kongres terdiri daripada tenaga akademik akan dibahagikan kepada 12 kumpulan untuk membincangkan 12 tajuk yang ditetapkan.

"Mereka (anggota kongres) akan perhalusi segala tajuk yang disediakan mengikut kepakaran masing-masing sebagai panduan.

Iklan

"Format kongres ini juga sama seperti mana kongres kali kedua yang diadakan lima tahun lalu dan kita jangkaan lebih 2,000 peserta akan mengambil bahagian," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pra Kongres Profesor Negara kali ketiga di Balai Ilmuan MPN, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kongres yang juga Presiden MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Setiausaha Kongres merangkap Timbalan Presiden MPN, Prof Dr Kamaruddin Md Said.

Iklan

Mengulas lanjut Rais berkata, kongres yang mengangkat tema besar itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara tajuk-tajuk yang akan dibentangkan pada kongres itu adalah Perlembagaan Persekutuan Sebagai Asas Jati Diri Malaysia, Memartabatkan Institusi Raja-raja Melayu, Etika Politik dan Demokrasi Malaysia Baharu, Islam dan Sistem Kepercayaan Masyarakat Malaysia, Sistem Pendidikan dan Pembina Jati Diri dan Kerajaan dan Jati Diri Sistem Governans.

Selain itu, tajuk lain yang akan turut dibincangkan ialah Adat dan Warisan Rakyat Malaysia, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Serantau dan Dunia, Ekonomi dan Mengangkat Prinsip Kemakmuran Bersama, Sains, Teknologi dan Pembangunan Lestari, Transformasi Perenggu Minda Rakyat Malaysia dan Jati Diri dan Integrasi Nasional.