Jokowi pilih Penajam Paser Utara, Kutai Kartanegara ganti Jakarta

Iklan

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan lokasi tepat ibu negara baharu di Kalimantan Timur.

"Kami memilih lokasi yang ideal di Kabupaten Penajam Paser Utara dan sebahagian Kabupaten Kutai Kartanegara," kata Jokowi di Istana Presiden hari ini.

Iklan
Iklan

Ketika pengumuman itu dibuat, Jokowi turut diiringi beberapa menteri termasuk Timbalan Presiden, Jusuf Kalla; Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumola; Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan Gabenor Kalimantan Timur, Isran Noor.

Menurutnya, kos pemindahan ibu negara ke luar Pulau Jawa juga akan mencecah 466 trilion Rupiah (RM137 bilion).

Iklan

"19 peratus daripada dana tersebut diperoleh daripada Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN). Baki dana akan menggunakan dana disalurkan Kerjasama Pemerintah dan Badan Usaha (KBPU), pelaburan swasta dan Badan Usaha Milik Negara (BUMN)," katanya.

Sebelum ini, beliau turut mengesahkan pemindahan ibu negara akan dibuat ke Borneo ketika dia merasmikan mesyuarat tentang perkara itu di pejabat Presiden pada awal bulan lalu.

Iklan

Pada masa itu, Jokowi menyebut salah sebuah wilayah di Borneo meliputi Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan dipilih sebagai lokasi ibu negara untuk menggantikan Jakarta malah terlebih dahulu meninjau lokasi tersebut.

Jokowi meminta supaya kajian berkaitan dengan perancangan, sokongan alam sekitar, ekonomi, demografi, sosial politik dan keselamatan pertahanan dilakukan secara terperinci.

Difahamkan, kerajaan melakukan kajian pemindahan ibu negara itu sejak tiga tahun lalu. - Agensi