Malaysia rugi jika Zakir Naik dihantar pulang

Iklan
ABDUL RASHID

PULAU KETAM - Satu kerugian sekiranya pendakwah, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India memandangkan Malaysia sememangnya memerlukan pendakwah yang bijak dan handal sepertinya.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata Malaysia bertuah kerana mendapat tetamu seperti pendakwah tersebut.

Iklan
Iklan

"Perkongsiannya mengenai ilmu berkaitan agama sememangnya amat diperlukan masyarakat secara umumnya.

"Dr Zakir Naik sebelum ini lebih banyak diprovok terutama ketika sesi soal jawab dan melalui sesi tersebut ramai yang salah anggap padanya.

Iklan

"Sebaliknya ilmu yang ada pada beliau perlu dimanfaatkan oleh kita dengan sebaik-baiknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, dirinya menentang sebarang cadangan untuk menghantar pendakwah tersebut pulang ke negara asalnya.

Iklan

"Saya menentang cadangan yang menggesanya pulang ke India, Malaysia cukup bertuah kerana mendapat tetamu seperti Ustaz Zakir.

"Jika beliau dihantar balik ke India, sudah tentu ia menjadi satu kerugian," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menegaskan Dr Zakir tidak akan dihantar pulang jika beliau tidak membuat sebarang masalah.