Mekanik maut semasa memburu

Iklan

LIMBANG - Niat seorang mekanik untuk memburu di dalam hutan berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati ditembak di Lubuk Lalang, Medamit 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitandan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Tony Malong, 42, dari Kampung Liang Dato dijumpai mati dalam keadaan terlentang di lereng bukit serta tersangkut di akar kayu dan terdapat enam kesan peluru penabur di bahagian belakang rusuk kanan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebilah parang dipercayai milik mangsa dan tiada senjata api ditemui berhampiran mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, dan menambah, mangsa telah dua hari tidak pulang ke rumah.

Beliau berkata pada Jumaat lepas mangsa yang gemar memburu secara bersendirian tanpa senjata api telah memaklumkan kepada rakan sekerjanya dia mahu mencari katak dan meminta tidak mencarinya jika tidak turun kerja pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai maut tertembak oleh suspek yang masih belum dikenal pasti akibat salah sasaran semasa memburu dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama