PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menafikan laporan yang tular di media sosial mengenai dakwaan kemasukan tiga juta warga Republik Rakyat China (RRC) semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semasa sistem Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di KLIA mengalami gangguan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh Imigresen dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing.