LABUAN - BANTEN. Jawatankuasa Desa Teluk, Labuan mendakwa 350 buah kapal milik penduduk tenggelam dalam bencana tsunami yang melanda wilayah itu, 22 Disember lalu.
Setiausaha Desa Teluk, Untung Nuriddin berkata kapal-kapal tersebut kini menghalang laluan air dan perlu dialihkan segera.
"Kira-kira 350 kapal nelayan tenggelam, tidak dapat diselamatkan ketika tsunami dan banjir.
"Jadi harapan kami sebagai penduduk nelayan memohon agar kerajaan membantu kami kerana tak mungkin penduduk kampung boleh evakuasi kapal-kapal itu.
"Kerja-kerja keluarkan kapal itu memerlukan peralatan berat dan sekarang kapal-kapal itu menghalang aliran air di sungai," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Desa Caringin, Kecamatan Labuan, kelmarin.
Beliau bimbang pada musim tengkujuh ini, kejadian banjir akan berulang secara berterusan sekiranya tidak ditangani segera.
Pusat penempatan yang dibuka di sekolah agama Desa Caringin itu menempatkan 612 orang mangsa sehingga keadaan begitu sesak.
Mengimbau kejadian pada 22 Disember itu, menurutnya kejadian tsunami itu berlaku dengan tidak disangka-sangka.
"Tidak ada hujan dan angin tiba-tiba ombak besar ombak besar datang menggulung di Desa Teluk dan Desa Cikondang. Setelah dilanda tsunami itu, selang dua hari sahaja banjir pula di sini," katanya.
Katanya, hampir 300 buah rumah penduduk telah rosak di kampungnya termasuk ada yang kehilangan ahli keluarga.
"Kami juga risau memikirkan keadaan rumah yang ditinggalkan. Setelah kembali kami mengharapkan bantuan dari segi infrastruktur," katanya.
Pihaknya begitu bersyukur ketika menerima kunjungan NGO Serantau Muslim dari Malaysia dan BKPRMI yang membawa barangan asas dan selimut.
Para sukarelawan sempat beramah mesra dengan mangsa dan mengedarkan buah tangan buat kanak-kanak di situ.