Produk ada halal Jakim tak wajar dihalang guna tulisan jawi

Iklan
Ahmad Amzad

KUALA TERENGGANU - Larangan penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan Islam perlu diteliti kerana ia dikhuatiri membantutkan usaha memartabatkan tulisan jawi di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, cadangan yang dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) itu perlu dikaji daripada segenap aspek kerana dalam masa yang sama kerajaan juga digesa mengembangkan penggunaan tulisan jawi.

Iklan
Iklan

"Saya prihatin terhadap gesaan dilakukan oleh NGO berkenaan yang memberikan contoh kekeliruan status halal melibatkan produk keluaran bukan Muslim.

"Produk bukan Muslim yang dimaksudkan pula perlu dikenal pasti. Jika produk yang telah jelas status halalnya misalnya memperoleh status halal Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (Jakim), walaupun dikeluarkan bukan Muslim, ia sepatutnya tidak dihalang," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, katanya, penyedia perkhidmatan perhotelan misalnya mempunyai pemilik yang paling ramai dalam kalangan bukan Islam terutama hotel-hotel terkemuka yang majoriti bukan berstatus halal.

"Jika kesemua premis ini dilarang penggunaan tulisan jawi, ia bertentangan usaha memartabatkan tulisan jawi dengan menerapkan dalam garis panduan papan niaga, papan tanda dan iklan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Iklan

"Saya setuju terhadap kawalan produk tidak halal kepada orang Islam, namun, perlu diteliti sama ada ia boleh dicapai dengan melarang tulisan jawi," katanya.