Presiden PSBNK nafi beri kenyataan

Iklan
Mohd Fared (kiri) menafikan berita yang disiarkan sebuah portal Khamis lalu.

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Kelantan telah meluluskan gelanggang untuk peninju wanita sebagaimana dilaporkan media baru-baru ini.

Menurutnya, beliau tidak pernah buat kenyataan kerajaan negeri bagi kelulusan wanita bertinju di Kelantan.

Iklan
Iklan

"Saya cuma ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana cuba praktikkan peninju wanita di negeri ini kerana masa itu ada acara tertutup di stadium itu sahaja," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Media pada 22 Ogos lalu melaporkan memetik Dr Mohd Fared berkata, langkah kerajaan negeri membuka pintu gelanggang sukan itu kepada petinju wanita, memberikan ruang kepada mereka untuk mengetengahkan bakat yang ada.

Iklan

Sebelum ini, sukan Muay Thai di Kelantan hanya membabitkan petinju lelaki, bagaimanapun dengan keputusan terbaharu kerajaan negeri ini, PSBNK yakin dapat menonjolkan ramai atlet wanita yang handal dan beraksi dengan mematuhi syariah Islam.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri tidak pernah berhasrat membuka gelanggang tinju atau muay thai untuk wanita.

Iklan

Sebaliknya beliau berkata, penglibatan wanita dalam sukan itu hanya untuk Sukan Malaysia (SUKMA) sejak dari dahulu lagi.

"Kita tak pernah buka gelanggang untuk wanita. Yang ada pun atlet wanita untuk SUKMA sahaja, itu pun yang menutup aurat patuh syariah," katanya.