Gelar Skuad Sabil ‘pak guard dari Bangladesh’ keterlaluan

Iklan
Status dimuat naik Tze Tsin di akaun Twitter miliknya semalam.

KUALA TERENGGANU – Pemuda UMNO menyifatkan gelaran ‘Pak Guard dari Bangladesh’ terhadap Skuad Sabil UMNO oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menerusi Twitternya semalam adalah keterlaluan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, gelaran diberikan timbalan menteri itu terhadap Skuad Sabil yang ditubuhkan Pemuda UMNO dilihat berbaur perkauman dan tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Gelaran itu begitu rasis dan biadab kerana skuad ini ditubuhkan atas semangat sukarelawan yang memberi fokus terhadap kerja kebajikan dan kebaikan kepada ummah.

"Apa yang dilakukan ini dilihat tidak berjaya dilakukan mana-mana parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana apa yang jelas, sayap pemuda dalam PH hanya mahir menggunakan retorik politik dan bijak merebut jawatan untuk kepentingan peribadi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan itu serta menggesa Tze Tzin bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat.

"Kita desak supaya beliau (Tze Tzin) bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan itu dan pihak PDRM menyiasat kenyataan yang dilihat berbaur perkauman ditulis secara terbuka oleh beliau,” katanya.

Iklan

Terdahulu, laman Twitter timbalan menteri itu diserang netizen gara-gara memuat naik status ‘Akhirnya, 1 juta Pak Guard dari Bangladesh telah sampai... ka ka ka'.

Status itu turut disertakan foto Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta sebahagian daripada 300 peserta yang terlibat dalam siri pertama kursus Skuad Sabil yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan mempersendakan foto tersebut dan menyamakan Skuad Sabil dengan ‘Pak Guard dari Bangladesh’ sebagai murahan dan amat tidak sesuai dengan status beliau sebagai timbalan menteri.

Bagaimanapun, hasil carian hari ini mendapati status itu dipadamkan daripada laman sosial milik pemimpin berkenaan.