TUMPAT - Walaupun jari tangan dan sebelah kakinya kudung, namun kelebihan mahir menjahit pakaian dimiliki Fatimah Mahmod, 58 membuatkan rezekinya tidak putus-putus.
Dengan anugerah istimewa ini, wanita dari Kampung Geting di sini sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggannya untuk menjahit pelbagai fesyen baju wanita.
Fatimah berkata, dia mahir menjahit baju kurung, mini kurung dan jubah diusia 17 tahun lagi.
Katanya, kekurangan diri tidak pernah menghalangnya untuk mencari rezeki menyara hidupnya.
"Saya cacat sejak lahir, kaki kanan kudung, manakala jari tangan tidak cukup 10,” katanya.
Dia yang masih belum berumahtangga itu bersyukur kerana pelanggan mempercayai kebolehannya walaupun dia hanya tukang jahit kudung.

Walaupun serba kekurangan namun ramai puas hati hasil jahitan Fatimah.