Pengantin dicemuh gara-gara kuku kotor

Iklan
Gambar menunjukkan kuku pengantin lelaki yang kotor.

PASANGAN yang akan melangsungkan perkahwinan lazimnya akan membuat persiapan rapi untuk tampil cantik berseri pada hari bahagia dan kebersihan adalah satu aspek penting yang perlu ditekankan.

Namun sekeping gambar yang pada asalnya dimuat naik ke laman Facebook untuk menunjukkan cincin pengantin perempuan sebaliknya mendapat perhatian netizen berikutan kuku pengantin lelaki yang panjang dan kotor.

Iklan
Iklan

Rata-rata mereka mempersoalkan mengapa wujud segelintir orang yang tidak mempedulikan kebersihan diri meskipun di hari perkahwinan sendiri.

Tidak kurang juga yang memberi komen negatif berhubung gambar itu.

Iklan
Iklan

"Adakah pengantin lelaki mandi sebelum berkahwin???," tulis seorang pengguna laman Facebook. - Agensi