TANAH MERAH - Projek persimpangan bertingkat bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas teruk di bandar ini dijangka dapat disiapkan lebih awal daripada tempoh sebenar yang ditetapkan. Pegawai Perhubungan Awam syarikat kontraktor utama, After Image Sdn Bhd, Rasdi Mohamad berkata, pelaksanaan projek membabitkan kos RM153 juta sejak dua tahun lalu itu sudah mencecah 70 peratus.
Rasdi berkata, projek melibatkan pembinaan jajaran sejauh 1.1 kilometer melintasi bandar ini termasuk lintasan kereta api yang dijangka siap Ogos tahun depan itu kini didapati mendahului jadual hampir sebulan lebih awal.
"Berdasarkan data perkembangan awal bulan ini, projek sepatutnya 66.75 peratus siap kalau ikut jadual ditetapkan tetapi realiti di lapangan, projek sudah 69.55 peratus iaitu varian 2.81 peratus.
"Kalau ikut jumlah hari, kita sudah lebih awal daripada jadual yang ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian.