Trafik sesak 7km di Bandar Ainsdale

Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.

SEREMBAN - Trafik dilaporkan pagi ini sesak sejauh 7km di Kilometer 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai ekoran kerja-kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan terlibat kemalangan sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Iklan
Iklan

"Laluan kontra juga ditutup. Trafik sesak 7 km,” katanya di sini.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut nahas empat kenderaan

Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini. - Bernama

Iklan