Isotop radioaktif dibebaskan

Iklan
Letupan itu menyebabkan lima saintis maut dan paras radiasi meningkat.

MOSCOW - Rusia semalam mendakwa isotop radioaktif dibebaskan ketika insiden letupan di tapak ujian misil Artik yang mencetuskan kebimbangan meluas terhadap kesannya berikutan pihak berkuasa terus berdiam diri tentang perkara tersebut.

Agensi berita memetik keputusan ujian dijalankan agensi cuaca Rosgidromet dan agensi pemerhati alam sekitar melaporkan kejadian itu membebaskan isotop radioaktif seperti strontium, barium dan lantanum.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Editor laman berita AtomInfo.ru, Alexander Uvarov berkata, isotop itu tidak memberi ancaman kepada populasi.

"Isotop ini adalah hasil daripada pembelahan nuklear uranium," katanya.

Iklan

Sementara itu, Rosgidromet memaklumkan sensor berhampiran bandar Severodvinsk mengesan elemen radioaktif dalam tempoh beberapa jam sehingga 12.8 hari dan memecahkan kepada gas radioaktif lengai.

"Ia mengakibatkan peningkatan paras radiasi," katanya.

Iklan

Selain itu, sensor itu turut merekodkan paras radiasi sehingga 16 kali ganda lebih tinggi yang mana ia kembali normal selepas dua jam setengah kejadian letupan tersebut.

Kejadian pada 8 Ogos lalu turut menyebabkan lima saintis terbunuh dan paras radiasi meningkat, namun Moscow selama beberapa hari menafikan kemalangan itu melibatkan bahan nuklear.

Agensi nuklear Rosatom dalam satu kenyataan memberitahu pakar mereka terkorban ketika sedang membangunkan 'senjata baharu' dan menyediakan sokongan untuk misil dengan 'sumber kuasa isotop'. - AFP