'Tiada rombakan Exco dalam masa terdekat'

Iklan
AHMAD FAIZAL AZUMU

IPOH - Tiada sebarang rombakan Exco dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Perak dalam masa terdekat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tidak perlu buat perubahan memandangkan pentadbiran kerajaan berada dalam keadaan cukup baik.

Iklan
Iklan

"Saya tak nampak lagi (rombakan) kerana pentadbiran sekarang cukup kemas. Walaupun Paul Yong (Choo Kiong) ambil keputusan untuk bercuti, namun nampaknya kita tidak perlu buat apa-apa perubahan," katanya sebagai mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu untuk bercuti daripada tugas rasmi bagi memberi tumpuan kepada perbicaraan pertuduhan rogol yang dihadapinya di mahkamah.

Ahmad Faizal berkata, baru-baru ini beliau ada mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membincangkan hal berkaitan kerajaan negeri.

Iklan

Bagaimanapun katanya, isu berkaitan Exco termasuk angkat sumpah lantikan baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak dibangkitkan.

"Perkara mengenai angkat sumpah ini adalah di luar kawalan saya, sebaliknya atas titah Tuanku," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berhubung penempatan pegawai integriti di pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.

Menurutnya, Perak sebelum ini memang mempunyai pegawai integriti sendiri, namun berlaku kekosongan selepas individu itu dinaikkan pangkat dan berpindah.

"Sehingga sekarang jawatan itu masih belum diisi dan kita sedia kembali berbincang dengan SPRM mengenai perkara tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paul Yong akur bercuti dari tugas rasmi

Tiada tempoh cuti ditetapkan kepada Paul Yong