PAYD beri ganjaran pulangan wang tunai, kurangkan masa memandu

Iklan
WILLIAM (kiri) memberi penjelasan lebih terperinci mengenai PAYD kepada media.

TUNE Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan pelan Pay-As-You-Drive (PAYD) yang memberi ganjaran hingga 20 peratus pulangan wang tunai kepada pengguna kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, William Foo berkata, pihaknya memperkenalkan ciri baharu, PAYD yang berupaya memberi ganjaran kepada pelanggan agar dapat mengurangkan masa di atas jalan raya.

Iklan
Iklan

"PAYD diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai terutamanya pemandu kereta untuk mengurangkan masa memandu di atas jalan raya.

"Inisiatif itu sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya hingga 50 peratus menjelang tahun 2020. Dengan PAYD, pemilik kenderaan mampu memaksimumkan nilai perlindungan insurans sekali gus menikmati pulangan premium asas polisi kenderaan mereka," katanya pada Majlis Pelancaran PAYD di Yellow Brick Road, Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan
WILLIAM (kiri) memberi penjelasan lebih terperinci mengenai PAYD kepada media.

Tawaran itu terbuka kepada komuniti yang memandu dalam jarak yang pendek atau yang gemar meletak kereta di Transit Aliran Ringan (LRT) / Transit Aliran Massa (MRT) untuk ke tempat kerja.

PAYD juga memberi ganjaran sehingga 20 peratus berdasarkan mileage kereta yang rendah berdasarkan premium asas yang dibayar setiap kali perbaharui insurans kenderaan.

Iklan

Untuk mengakses ciri baharu itu, pemilik hanya perlu log masuk ke www.tuneprotect.com untuk mengaktifkan PAYD.

Sekiranya layak, ambil gambar odometer kenderaan dan muat naik ke dalam laman web berkenaan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai proses tersebut menerusi sistem pesanan ringkas dan e-mel.

Untuk maklumat lanjut mengenai PAYD, layari www.tuneprotect.com/payd.

Syarat kelayakan:

  • -Pemilik kereta berusia 28 hingga 60 tahun.
  • -Kenderaan berusia sifar hingga tiga tahun.
  • -Insurans kenderaan dari RM40,000 hingga RM300,000.
  • -Pelanggan akan mendapat bayaran balik sehingga 20 peratus jika bacaan mileage antara sifar hingga 6,000 kilometer (km).
  • -15 peratus bayaran balik bagi mileage di antara 6,001km hingga 8,000km.