TANJONG KARANG - Gagau ikan dalam parit selut menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan 66 pelajar tingkatan 3 dan 4 sekolah sekitar Putrajaya yang menyertai Putrajaya Youth Leader (PYL).
Lebih menarik, program yang bertemakan ‘Belia Jom Masuk Kampung’ di Kampung Sungai Sireh itu berkongsi hidup bermasyarakat dengan aktiviti rewang dan sukan rakyat.
Pengarah programnya, Muhammad Fawwaz Azhar berkata, program itu adalah kesinambungan empat program yang diadakan sebelum ini.
"Alhamdulilah, sambutan untuk program ini cukup menggalakkan sekali gus memberi pendedahan mengenai semangat bekerjasama dan ketahanan diri dalam diri peserta.
"Malah, secara tidak langsung, ia turut meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan penduduk setempat serta memupuk kepimpinan. Saya juga berharap program ini juga mampu membentuk sahsiah diri peserta menjadi contoh dan pemangku generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.
Program anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) bersama sukarelawan Youth of Happiness (YOSH) itu dirasmikan Timbalan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Rogaizat Abdullah.