KUANTAN - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pahang kini mempersiapkan kumpulan sokong bantu dengan melatih jurulatih baharu bagi melaksanakan program Diriku Permata Berharga (Dermaga) di negeri ini tahun depan.
Program Dermaga merupakan modul diperkenalkan Abim sebagai program pendidikan reproduktif bagi membendung dan menyelamatkan para remaja daripada terjebak krisis keruntuhan akhlak.
Yang Dipertuanya, Muhammad Hisyamudin Baharudin berkata, Dermaga diwujudkan atas keprihatinan dan kesedaran tinggi terhadap pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja.
Menurutnya, program itu diilhamkan bagi memperkukuhkan kefahaman terhadap kesihatan reproduktif remaja dan menyedarkan golongan itu bahawa mereka juga ada tanggungjawab dalam menjaga diri sendiri.
"Melalui program ini, kita membantu mereka dengan memberikan maklumat dan kaedah mengelakkan tingkah laku berisiko yang boleh membahayakan keselamatan diri.
"Perlaksanaannya lebih berbentuk pendidikan dan pencegahan 'informal social control' melalui perkongsian dan nasihat secara lebih dekat dengan golongan sasar,” katanya.
Muhammad Hisyamudin berkata, modul program itu melibatkan pengkhususan pengetahuan berkaitan seksualiti remaja, nilai dan tanggungjawab serta kemahiran abstinen khusus kepada remaja berusia 12 hingga 18 tahun.
Katanya, ke arah perlaksanaan program tersebut tahun depan, pihaknya mengadakan Program Latihan Kejurulatihan Dermaga disertai 30 sukarelawan di sini, kelmarin.
"Program latihan ini bertujuan melatih jurulatih baharu yang akan mengendalikan modul Dermaga di Pahang ke arah pemupukan masyarakat yang lebih selamat dan terjaga terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
"Ia juga bagi mewujudkan kumpulan sokongan dalam kalangan guru, ibu, bapa dan sukarelawan sebagai platform dalam menangani kes dan masalah berkaitan gangguan seksual melibatkan golongan remaja,” katanya.
Beliau berkata, seramai 25 jurulatih bersedia untuk turun padang ke seluruh daerah di negeri ini bagi menjayakan program tersebut bermula awal tahun depan.