PERCERAIAN pelakon Tom Cruise dan bekas isterinya, Nicole Kidman, bukanlah rahsia lagi.
Mereka mengambil dua anak angkat bernama Connor dan Isabella ketika perkahwinan mereka masih bahagia.
Namun selepas bercerai, kedua-dua anak itu berada di bawah jagaan Tom Cruise dan Nicole dikatakan jarang bertemu anaknya.
Kini kedua-dua anak angkat mereka sudah menginjak dewasa dan Connor bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Itali bernama Sylvia mengikut upacara scientologi.
Connor dikatakan mahu mengundang Nicole hadir ke majlis perkahwinannya.
Bagaimanapun hasrat Connor itu ditentang Tom Cruise.
Memetik portal American web media, Tom menghalang kehadiran Nicole ke gereja scientologi kerana Nicole telah meninggalkan agama itu sejak perceraian mereka dan telah diletakkan dalam senarai 'suppressive person' oleh agama itu.
Tom telah lama putus hubungan dengan Nicole dan mengarahkan Connor supaya mengikut kehendaknya.
Connor akur dengan keputusan itu kerana menghormati ayahnya tambahan pula, keluarga isterinya juga penganut scientologi yang taat.
Nicole Kidman yang menganut katolik membenci scientologi malah menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Nicole dihalang oleh Tom Cruise untuk hadir ke majlis anaknya.
Semasa perkahwinan Isabella pada tahun 2015, Nicole juga tidak dijemput.