Rakaman audio 'kawtim': Pegawai khas Abdul Yunus bakal lapor polis

Iklan
Ahmad Adenan

PARIT BUNTAR - Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat oleh pegawai khas Exco Kerajaan Negeri Perak dari PKR, Abdul Yunus Jamhari bagi menafikan penularan rakaman audio 'kawtim' dengan anggota polis yang tersebar baru-baru ini adalah miliknya.

Pegawai khas berkenaan, Ahmad Adenan Said berkata, rakaman suara memujuk anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan miliknya bagi membantu siasatan kes suapan membabitkan Abdul Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut, selain mengenal pasti siapa pemilik sebenar suara itu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya suara itu milik saya. Saya turut difahamkan pegawai penyiasat kes pendakwaan, Abdul Yunus membuat laporan polis hari ini.

Iklan

"Saya yakin rakaman audio itu yang tular itu dirancang pihak tertentu dan mungkin ada hubung kait atau lanjutan kes fitnah terhadap Abdul Yunus sebelum ini.

"Dengan laporan polis yang bakal dibuat, saya harap polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dapat mengesan pelaku sebenar rakaman audio tular itu," katanya kepada media di Kuala Kurau di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Adenan berkata, dia turut yakin rakaman audio tular itu dirancang individu dalaman PKR yang mahu menjatuhkan Abdul Yunus sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Perak.

"Suara yang tular itu seakan-akan dibaca mengikut skrip dan saya tidak menolak kemungkinan ia kerja dalaman parti yang mencemburui karier politik Abdul Yunus.

"Orang ramai boleh menilai suara saya dengan suara dalam (rakaman) audio itu dan ia tidak logik apabila pegawai penyiasat kes Abdul Yunus adalah pegawai polis muda dan suaranya amat jauh berbeza dengan suara ditularkan itu," katanya.