Tanpa cukai, pembelian kereta tetap berpatutan: Ahmad Faizal

Iklan
AHMAD FAIZAL

IPOH - Kerajaan Negeri menegaskan bahawa pembelian 16 kereta Toyota Camry, Jun lalu adalah berpatutan meskipun tidak mendapat pengecualian cukai bagi kenderaan itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tawaran jaminan sehingga lima tahun dengan penyelenggaraan percuma yang diberikan, perbelanjaan kerajaan dilihat masih menjimatkan.

Iklan
Iklan

"Kalau ikut makluman yang diterima sebelum ini, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan pelepasan tersebut. Namun, jika tidak dapat pelepasan cukai pun, pembelian kereta-kereta baru ini saya kira berpatutan.

"Dengan tawaran yang diberikan syarikat kereta dengan lima tahun penyelenggaraan percuma dan sebagainya, ia mengurangkan lagi perbelanjaan kerajaan negeri dari segi penggunaan kenderaan untuk para Exco dan Menteri Besar,” katanya.

Iklan

Beliau mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang memaklumkan tidak pernah beri pelepasan cukai pada Perak dalam pembelian kenderaan itu yang disiarkan dalam satu portal berita.

Ahmad Faizal ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang dihadiri Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim di sini hari ini.

Iklan

Ditanya mengenai kenyataan MOF yang menyebut bahawa Perak tidak pernah menerima permohonan untuk pengecualian duti atau cukai tersebut, Ahmad Faizal berkata, pihaknya perlu mendapatkan penjelasan daripada pegawai kewangan negeri terlebih dahulu.

"Semua sedia maklum bukan Menteri Besar atau Exco yang proses perkara tersebut.

"Esok ada mesyuarat Exco, saya akan bangkitkan perkara ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta baharu keputusan tepat: MB