Pesakit mental ditemukan terapung

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat lelaki berkenaan untuk dibawa ke hospital.

-

MERSING - Seorang lelaki yang juga pesakit mental ditemui terapung di Sungai Mersing berhampiran kawasan Pengkalan Batu pagi tadi.

Mohd Shazreen Muda, 36, yang menetap di Kampung Makam dijumpai orang awam tidak berbaju dan hanya berseluar.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.25 pagi.

"Polis mendapati terdapat satu mayat lelaki dipercayai berbangsa Melayu terapung di Sungai Mersing. Keadaan mayat tidak berbaju, berseluar jeans warna biru gelap dan tidak berkasut, selain tiada dokumen diri.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah. Mayat dibawa ke bilik Hospital Mersing untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Nor, keluarga si mati telah membuat pengecaman mayat.

Iklan