KUALA LUMPUR - Semua pihak berkepentingan digesa memandang serius masalah penyalahgunaan dadah yang dihadapi pelajar sekolah di negara ini dalam usaha mencari jalan penyelesaiannya.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana jumlah pelajar yang terbabit masalah itu seperti yang dilaporkan media semalam, adalah suatu jumlah yang membimbangkan.
"Saya berharap pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan para pelajar sendiri bersama agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan mengatasi masalah ini.
Sekolah adalah tempat di mana modal insan dilahirkan jadi ia boleh memberi kesan apabila pelajar yang terlibat dalam masalah ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan seramai 1,709 pelajar sekolah menengah daripada 41,741 yang disaring di 178 kawasan berisiko tinggi didapati positif dadah setakat Oktober lepas.
Turut dilaporkan kawasan berisiko tinggi di Sarawak, Kedah dan Kelantan merekodkan peratusan pelajar paling tinggi terlibat dengan masalah itu.
Beliau turut berkata meskipun telah ada program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah ia perlu dikaji semula kerana mungkin terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki terutama dari aspek fokus dan masa yang diberikan terhadap program itu.
"Kita semua tahu guru-guru mempunyai tugasan lain yang menyebabkan fokus dan masa diperuntukkan untuk program pendidikan berkenaan adalah terhad. PIBG perlu memainkan peranan lebih aktif menjalankan program pendidikan ini,” katanya.
Beliau turut menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya mengambil inisiatif bagi menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah dengan mengadakan kerjasama dengan AADK dan polis. - Bernama