Kula mahu pujuk Nurul Izzah

Iklan
Kula Segaran mengedarkan kalendar kepada orang ramai yang berada di sekitar Pasar Kampung Tawas.

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan bertemu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk memujuk beliau kekal mengetuai Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Nasional.

Menterinya, M Kula Segaran berkata, perbincangan akan dibuat dalam tempoh seminggu atau dua minggu dari sekarang bagi memastikan perancangan untuk memperkasa TVET diteruskan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bidang TVET melibatkan masa depan generasi muda dan berharap Nurul Izzah mempertimbangkan semula keputusannya itu.

"TVET ini untuk orang ramai, anak-anak kita maka saya harap beliau boleh memberi sedikit ruang untuk terlibat dalam hal TVET ini.

Iklan

"Seperti yang semua tahu kita telah membawa perhatian masyarakat mengenai TVET baru-baru ini," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan kalendar di Pasar Kampung Tawas, di sini.

Iklan

Sebelum ini, Nurul Izzah mengejutkan semua pihak apabila meletakkan semua jawatan di dalam parti dan berkaitan dengan kerajaan.

Mengenai pengedaran kalendar yang dibuat di Pasar Kampung Tawas itu, Kula Segaran berkata, kalendar tersebut disertakan nombor-nombor telefon jabatan berkaitan untuk memudahkan orang ramai menghubungi pihak berkenaan jika berlaku masalah.

Katanya, kebanyakan masalah yang diterima daripada masyarakat setempat berkaitan pihak berkuasa tempatan.