Kenapa perlu sertai Minggu Usahawan Nasional, ini jawapannya

Iklan

SHAH ALAM - Kenapa Minggu Usahawan Nasional Lebih (MUN) 2019 ini penting kepada 3,000 usahawan tempatan yang akan berlangsung pada 29 Ogos hingga 1 September ini?

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ada jawapannya.

Iklan
Iklan

Ini kerana, MUN 2019 berperanan sebagai program utama berorientasikan keusahawanan yang memberikan tumpuan kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional.

”Ia akan memberikan fokus kepada usahawan SDSI dari seluruh negara merangkumi lima kluster utama iaitu makanan dan minuman, inovasi, inap desa, kraftangan dan kesihatan serta penjagaan diri.

Iklan

"Sepanjang tempoh berkenaan, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mensasarkan potensi jualan sehingga RM20 juta,” katanya.

Program utama MED ini dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan serta pihak lain akan memberikan impak kepada industri keusahawan negara.

Iklan

Menurutnya, sebanyak 14 pavilion dari 14 negeri dan juga reruai jualan produk-produk tempatan dari seluruh Malaysia akan terlibat dalam MUN 2019 yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang.

"Produk hasil laut dari Perak, jahitan dan songket dari Terengganu manakala Kelantan pula lebih fokus kepada produk berasaskan makanan yang kebanyakan diusahakan oleh usahawan Tekun. Dari Sabah pula, mungkin kita boleh ketengahkan kepada pembangunan industri burung walid.

"Pengunjung juga berpeluang merasai kepelbagaian makanan tradisi Malaysia yang dapat dinikmati di Malaysia Kitchen yang akan melibatkan lebih 50 gerai jualan.

"Dalam program Halal Go Global Day, kita akan mengetengahkan potensi industri halal dalam dan luar negara melalui penganjuran aktiviti dan program seperti Halal Explorace, Klinik Halal serta Pocket Talk pelbagai siri Pocket Talk oleh agensi di bawah MED seperti SME Bank dan IKM, selain Co-op World yang menawarkan jualan harga patut dan booth jualan produk dan perkhidmatan oleh koperasi serta Rakyat Run. Kita percaya pengunjung pasti teruja dengan penganjuran MUN 2019 ini,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, MUN 2019 adalah medium terbaik kerana ia bakal mengumpulkan usahawan daripada pelbagai bidang di atas satu platform jaringan yang membolehkan para usahawan menambah ilmu, kemahiran dan menerokai peluang baru dalam perniagaan.

”Program ini menjadi medium hebahan mengenai inisiatif Kementerian selepas pelancaran DKN 2030. Ia juga platform pengkomersialan dan pembangunan industri keusahawanan sedia ada selain menampilkan pameran, kebudayaan, juadah serta produk-produk beridentitikan usahawan Malaysia.

”MUN 2019 ini juga meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif serta mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi, dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga menyasarkan lebih 50,000 pengunjung akan hadir ke MUN 2019.

"Pengunjung juga pasti teruja apabila kita turut menyediakan lebih daripada 300 ruang pameran jualan serta pelbagai aktiviti aktiviti menarik akan juga akan diadakan bersempena dengan program ini sesuai untuk anda seisi keluarga,” katanya.

MUN 2019 ialah program susulan daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada Julai lalu. Program itu pertama kali diadakan dan dijangka akan menjadi acara tahunan MED.