Pelepasan 500 penyu simbolik kemerdekaan

Iklan
Joha (dua dari kanan) bersama kakitangannya melepaskan anak penyu spesies agar sebagai simbolik kemerdekaan di Pantai Cherating hari ini.

KUANTAN - Kira-kira 500 anak penyu dari spesies agar dilepaskan sebagai simbolik kemerdekaan negara di Pantai Cherating di sini hari ini.

Pengerusi Hospital Pakar KPJ Pahang, Mohd Johar Ismail berkata, sebagai simbolik kepada semangat kemerdekaan tahun ini, mereka memilih untuk 'membebaskan' 500 ekor anak penyu agar dalam usaha meningkatkan populasi spesies berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kebebasan ini adalah satu jiwa... satu minda kita yang tidak dikongkong dengan situasi terlalu kecil dan tidak bermanfaat.

"Makna merdeka bukan sekadar kebebasan kepada kita, namun turut boleh diterjemahkan kepada kesinambungannya yang berterusan... jadi dengan membebaskan anak penyu, kami berharap ini dapat membantu mengawal habitat dan ekosistem alam secara berterusan," katanya ketika ditemui pada Program Pelepasan Anak Penyu sempena Hari Kebangsaan 2019 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating di sini.

Iklan
Iklan
Program itu disertai 150 kakitangan dan barisan pentadbiran hospital itu antanya Pengarah Eksekutif Dr Munirah Khudri, Ketua Pegawai Eksekutif Yasser Arafat Ishak dan Pengarah Perubatan Datuk Dr Ngun Kok Weng.

Pada program itu, Mohd Johar juga menyampaikan sumbangan RM1,521 daripada warga KPJ Pahang bagi membantu perbelanjaan pusat konservasi penyu tersebut.