Usaha sama palsu 1MDB-Syarikat PetroSaudi

Iklan

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan, fasa pertama membabitkan usaha sama yang diwujudkan dalam skandal tersebut adalah melalui Jho Low dan individu dikenali sebagai Tariq Obaid iaitu kenalan rapat Jho Low.

Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika membacakan kenyataan pembukaan perbicaraan berkata, satu usaha sama palsu antara 1MDB dan Syarikat PetroSaudi International LTD (PSI) yang dikenali sebagai projek Aria diwujudkan tertuduh dengan1MDB meminjam AS$1 bilion kononnya untuk melabur dalam syarikat usaha sama dikenali 1MDB Petro Saudi Limited.

Iklan
Iklan

"Wang berkenaan adalah untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat usahasama di mana PetroSaudi International memperoleh 60 peratus saham dengan menyuntik beberapa aset melalui nilai yang diragukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low bayan-bayang Najib

Iklan

"Wang AS$1 bilion itu mewakili sumbangan 1MDB kepada 40 peratus pegangan saham," katanya.

Bagaimanapun menurut Sri Ram, usaha sama ini tidak dimasuki dengan PSI sebaliknya melalui satu syarikat PetroSaudi Holding (Cayman) Ltd. dan Tariq Obaid telah melaksanakan perjanjian bagi mewakili Petro Saudi (Cayman).

Iklan

"Bukti yang akan dikemukakan menunjukkan bahawa usaha sama yang dilakukan itu adalah tidak normal yang mendedahkan bahawa ia hanyalah satu alat untuk menyedut wang 1MDB bagi faedah tertuduh.

"Pendakwaan melalui keterangan lisan dan dokumentasi akan membuktikan bahawa AS$ 700 juta daripada jumlah AS$1 bilion itu, bukannya dibayar ke akaun syarikat usaha sama itu sebaliknya dialihkan kepada tertuduh melalui sebuah syarikat bernama Good Start Ltd yang sebenarnya syarikat itu langsung tidak berkaitan dengan usaha sama itu," katanya.

Menurut Sri Ram lagi, pembayaran Good Star dibuat dengan tergesa-gesa dan tanpa kelulusan dari lembaga pengarah 1MDB dan bercanggah dengan hala tuju syarikat.

Jelasnya Good Star telah digambarkan sebagai anak syarikat PSI yang dimiliki sepenuhnya dan pembayaran kepada Good Star, diserahkan kepada tertuduh melalui Jho Low sebagai wang yang dimiliki oleh perjanjian usaha sama yang disebut pinjaman yang dibayar oleh perjanjian usahasama yang dirujuk kepada pinjaman yang dibayar oleh syarikat usaha sama kepada PetroSaudi Holding (Cayman).

"Pihak pendakwaan akan melalui dokumen menunjukkan bahawa pinjaman itu adalah palsu untuk menjustifikasikan pembayaran kepada Good Star,"katanya.

Good Star merupakan sebuah syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Jho Low.