'Jangan tutup Terminal Feri Kukup'

Iklan
Terminal Feri Kukup

PONTIAN - Penutupan sementara operasi Terminal Feri Kukup dikatakan bakal menjejaskan kira-kira 120 pemandu teksi dan kereta sewa di Kukup.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Daerah Pontian, Mahmood Johari berkata, ia juga akan turut memberi kesan kepada ekonomi penduduk khususnya yang banyak bergantung kepada terminal yang sudah beroperasi lebih 30 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun penutupan itu dikatakan sementara, namun ia tetap memberi kesan sehingga boleh menyebabkan Pekan Kukup lumpuh.

"Pemandu teksi dan kereta sewa tersepit dengan penutupan sementara Terminal Feri Kukup," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Sehubungan itu, Mahmood merayu agar kerajaan negeri segera mengambil langkah memastikan Terminal Feri Kukup segera beroperasi selepas ditutup pada 1 September ini.

Mahmood (tiga dari kanan) bimbang rezeki terjejas selepas penutupan sementara Terminal Feri Kukup berkuat kuasa 1 September ini.

"Isu penutupan sementara feri perlu dilihat secara mendalam kerana bukan sahaja penumpang terjejas tetapi orang tempatan seperti peniaga dan pemandu teksi dan kereta sewa tidak dapat cari rezeki," katanya.

Iklan

Bagi pemandu teksi dan kereta sewa, S M Samy berkata, warga negara Indonesia yang bekerja di Johor Bahru memilih untuk menaiki feri dari Kukup untuk ke Tanjung Balai Indonesia kerana jaraknya yang dekat iaitu 45 minit masa perjalanan.

Selain itu, kemudahan yang ada di Pekan Kukup seperti kedai makan, surau, kedai runcit, rumah tumpangan memudahkan mereka sementara menunggu feri.

"Pemandu teksi dan kereta sewa berharap kerajaan negeri dapat berbuat sesuatu agar Terminal Feri Kukup tidak ditutup walaupun sementara," katanya.