JAKARTA - Perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) menduduki tangga ke-6 dalam BrandZ Top 50 Jenama Paling Berharga Indonesia kerana ia dianggap memberikan pengalaman yang bermakna kepada pengguna.
Kedudukan itu diumumkan oleh WPP dan Kantar, sebuah firma yang melakukan penyelidikan pasaran yang berpusat di London.
Gojek juga dinilai sebagai kebanggaan tempatan dan ia pernah menyumbang sehingga 44.2 trilion Rupiah (RM13 bilion) kepada sektor ekonomi pada 2018.
Aplikasi Gojek menawarkan perkhidmatan atas permintaan daripada pengangkutan, gaya hidup dan pembayaran yang meluas," menurut Gojek dalam satu kenyataan rasmi semalam.
Sementara itu Pengurus WPP di Indonesia dan Vietnam, Ranjana Singh berkata, pengalaman pelanggan adalah hal utama bagi pengguna di negara itu.
"Sesebuah jenama dianggap dapat meningkatkan kualiti hidup mereka walaupun dalam hal yang kecil yang membawa kepada pertumbuhan nilai jenama," ujarnya.
Antara trend utama yang ditonjolkan dalam kajian Top 50 BrandZ Indonesia adalah dapat memahami keperluan pengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah lakunya. - CNN Indonesia