KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada pelajar sekolah rendah yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Murugiah berkata, program berkenaan dapat membantu para pelajar mendapat makanan yang selamat, mengandungi nutrisi tinggi dan bersih namun pelaksanaannya perlu mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan di setiap negeri.
Iklan
Iklan
Jelasnya pelaksanaan itu tidak boleh dikendalikan di peringkat pusat sahaja, tetapi mesti dilakukan di peringkat negeri menerusi dengan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menilai kebersihan serta sumber bahan makanan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarapan percuma: Rakyat jimat RM2.3 bilion
"Kajian menyeluruh mengenai program ini perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakannya, berikutan keadaan ekonomi sekarang ini.Kita tidak mahu perkara seperti keracunan makanan dan makanan tidak bernutrisi dihidangkan kepada pelajar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Maszlee dalam satu catatan laman Facebooknya berkata, bermula Januari 2020, sarapan percuma akan disediakan buat semua pelajar di sekolah rendah seluruh negara. - Bernama
Artikel Berkaitan