Gantung pembunuh imam di khalayak ramai

Iklan
Hamid Reza Derakhshandeh (dua dari kanan) ketika dihadapkan di mahkamah bulan lalu.

TEHERAN - Iran hari ini melaksanakan hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai terhadap seorang lelaki yang disabit bersalah membunuh seorang imam, lapor agensi berita IRNA.

Hamid Reza Derakhshandeh digantung di lokasi pembunuhan Mohammad Khorsand di bandar Kazeroun yang terletak di wilayah Fars.

Iklan
Iklan

Imam berfahaman Sunni itu ditembak mati pada 29 Mei lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas terlibat dalam aktiviti keagamaan sempena Ramadan.

Difahamkan, Khorsand mengimamkan solat Jumaat di bandar tersebut sejak 2007.

Iklan

Selepas penangkapannya, Derakhshandeh dihadapkan ke mahkamah dan mengaku merancang pembunuhan itu.

Hukuman itu dilaksanakan Mahkamah Tinggi selepas keluarga mangsa memutuskan suspek digantung kerana tidak menunjukkan sebarang penyesalan selepas melakukan pembunuhan tersebut.

Iklan

Di bawah undang-undang Iran, setiap pesalah boleh mengelak hukuman mati jika diampunkan keluarga mangsa. - AFP