SHAH ALAM - Sembilan individu termasuk Rafizi Ramli yang dipilih menerajui pimpinan PKR secara lantikan bagi penggal 2018-2021 turut mendapat perhatian daripada pemimpin sayap parti.
Melalui kenyataan bersama, Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus dan Naib Ketua Wanita PKR, Sangeetha Jayakumar mahu Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti semula lantikan berkenaan.
"Pemilihan PKR yang baharu berlalu merupakan suatu referendum anggota yang jelas menyatakan aspirasi mereka tentang corak kepimpinan dan masa depan PKR yang ingin dilakar.
"Justeru, kami berpendirian bahawa pelantikan yang dibuat oleh Presiden wajar diteliti semula dan kembali berpandukan asas demokrasi yang telus, adil serta selaras dengan hasrat akar umbi PKR,” kata mereka, hari ini.
Kedua-dua pemimpin sayap parti itu berkata, PKR memiliki tanggungjawab yang signifikan untuk menerajui PH dan semua pihak dalam parti harus insaf dan sedar bahawa suara anggota dan akar umbi adalah keutamaan demi memperkukuhkan parti.
"Kemenangan rakyat dalam PRU14 menuntut kita untuk menjamin sebuah kerajaan yang stabil hasil dari sebuah organisasi politik yang mantap, inklusif dan matang,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pelantikan jawatan utama kepimpinan parti antaranya melibatkan lawannya dalam Pemilihan PKR, Rafizi Ramli, melanggar prinsip keadilan.
Beliau berkata, pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar.
Semalam, tiga individu dilantik sebagai Naib Presiden biarpun tewas dalam jawatan yang dipertandingkan semalam Pemilihan PKR lalu.
Tiga individu itu adalah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.
Pengumuman itu dibuat oleh Anwar dalam satu kenyataan media hari ini sekali gus menjawab segala persoalan sebelum ini tentang status bekas Rafizi dalam parti berkenaan.
Selain itu enam individu dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).