Hukum makan makanan diberikan pelacur

Iklan
BERHATI-HATILAH ketika makan untuk mengelakkan diri daripada memakan perkara yang tidak jelas ialah lebih baik. -Gambar hiasan

SIAPA yang tidak seronok apabila menerima pemberian daripada orang lain.

Bertambah riang lagi apabila mendapati pemberian itu berbentuk makanan yang sedap dan lazat.

Iklan
Iklan

Namun, bagaimanakah jika kita menerima makanan daripada seorang yang bergelar pelacur?

Bolehkah kita memakan makanan diberikan olehnya memandangkan kita sendiri kurang pasti sumber wang yang digunakan untuk membeli makanan berkenaan?

Iklan

Dalam hal itu, Al-Imam al-Suyuthi berkata: "Asal dalam hukum muamalat ialah harus atau kembali kepada tujuannya selagi belum ada petanda pengharamannya."

Sementara itu, Imam al-Syafie pula menyatakan, sesuatu harta itu boleh jadi haram disebabkan ada padanya riba, judi, rasuah, monopoli melampau, jual beli yang tidak jelas dan mengandungi unsur yang haram seperti arak, khinzir dan selainnya.

Iklan

Hukum asal setiap harta yang diperoleh dengan sumber yang haram, maka hukumnya haram bagi yang mengusahakannya.

Adapun ulama berbeza pendapat berkenaan hukum bagi penerima manfaat (kegunaan orang lain bukan mengusahakannya) seperti wang daripada hasil judi, riba, pelacuran dan sebagainya yang digunakan untuk belanja kawan, melunaskan hutang dan sebagainya.

Bagi pihak yang membenarkan, mereka berhujah dengan beberapa athar (hadis) Saidina Ibnu Mas’ud dan Saidina Ibnu Umar ketika mereka ditanya tentang hukum sahabat yang membelanjakan kepada sahabat yang lain menggunakan harta riba. Maka kedua mereka makan.

Bagaimanapun, bagi pihak yang tidak membenarkannya pula, mereka mengharamkan atas dasar menggalakkan orang yang terlibat dengan dosa itu berterusan melakukannya.

Kesimpulannya, tidak menjadi haram memanfaatkannya, namun berhati-hatilah untuk mengelakkan diri daripada memakan perkara tidak jelas ialah lebih baik.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.