Nadia Aqilah alami alahan hamil sampai masuk hospital

Iklan
Nadia Aqilah

PELAKON, Nadia Aqilah, 34, memberitahu pada trimester pertama kehamilan, dia berdepan dengan kehamilan yang teruk.

Menurutnya, dia sampai tiga kali dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri gara-gara dehidrasi.

Iklan
Iklan

"Ya ALLAH, saya tiga bulan memang tak keluar rumah langsung, berkurung dalam bilik sahaja.

"Badan saya rasa lemah dan tak bermaya sangat, apatah lagi tengok makanan pun saya benci.

Iklan

"Pernah tu, saya masuk hospital sampai tiga kali kerana dehidrasi," ujarnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada KLFW 2019 di Pavilion, baru-baru ini.

Berkongsi perkembangan kesihatan terkini, Nadia berkata dia sudah semakin kuat dan mula bersenam.

Iklan

"Alhamdulillah sekarang saya dah OK. Saya sudah rasa kuat dan mula bersenam sikit-sikit sebab nak jaga tahap kesihatan diri dan kandungan sekali.

"Masa berdepan alahan tu, ramai jugalah rakan kenalan rapat dan peminat datang berikan sokongan moral.

"Namun, saya terpaksa menyuruh mereka pulang sebab tak mahu mereka lihat keadaan saya ketika itu," jelasnya berdebar untuk melalui proses bersalin yang dijangka pada 21 Disember ini.

Nadia yang kini sedang hamil trimester kedua, bakal melahirkan cahaya mata perempuan merakamkan agar dihujani doa yang baik-baik semoga dipermudahkan.

"Doa semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ya," katanya segala persiapan sudah dibuat termasuk pemilihan doktor dan hospital.

Ditanya tentang nama anak, Nadia masih lagi memikirkannya.

"Tentang pemilihan nama anak ini ibarat saya pikul satu tanggungjawab yang besar (ketawa) sebab nama kan untuk selamanya.

"Saya tak dapat buat keputusan lagi, nantikan ya," akhirinya.

Untuk rekod Nadia dan suami Saiful Ridzuan selamat berkahwin pada April 2018.