KUALA LUMPUR - Keangkuhan seorang remaja warga Pakistan dan rasa tidak mahu kalah dengan kegiatan mat rempit mengundang padah pada dirinya.
Aksi lelaki warga Pakistan itu dikesan menerusi Ops Samseng Jalanan di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi bermula jam 11 malam diketuai Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod dari Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur berjaya menahan lima remaja lelaki berusia 17 hingga 25 tahun.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati empat daripada mereka adalah warga tempatan dan seorang lagi membabitkan warga Pakistan.
"Operasi yang tamat pada jam 2.30 pagi ini mengesan pembabitan remaja itu yang menunggang secara berbahaya dengan aksi wheelie.
"Semakan lanjut mendapati seorang daripada remaja terbabit sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain tiga orang dikesan tidak memiliki lesen memandu," katanya.
Selain itu, operasi ini juga telah mengeluarkan 11 saman kepada pesalah trafik.
Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak mempunyai lesen memandu, ubah suai motosikal dan tiada cermin sisi.
"Operasi sedemikian akan terus dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram," katanya.