Wajibkah basuh kulit telur?

Iklan
KULIT telur wajib dibasuh jika diyakini ada najis.

LAZIMNYA, kita akan membasuh terlebih dahulu kulit telur ayam sebelum memasak atau merebusnya.

Namun, ada juga orang yang tidak berbuat demikian kerana merasakan kulit telur itu bersih.

Iklan
Iklan

Apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah wajib membasuh telur ayam sebelum goreng atau rebus?

Dalam hal itu, jika telur yang keluar dari faraj ayam, maka ia tidak dikira sebagai telur yang diselaputi oleh najis kerana ulama menyatakan, lembapan dari faraj ayam tidak dikira sebagai najis.

Iklan

Jika ia bercampur dengan najis sekalipun, ia dimaafkan kerana ia terlalu sedikit dan sukar untuk dielak. Oleh itu, telur ayam tidak diwajibkan basuh sebelum dimasak menurut fuqaha'.

Lagipun, telur-telur yang dijual di kedai dan pasar raya pada zahirnya tidak kelihatan najis pada kulitnya. Oleh itu, selagi tiada bukti yang nyata, maka kulit telur itu pada asasnya ialah suci tidak diselaputi najis.

Iklan

Namun, jika telur itu kelihatan jelas padanya najis ayam atau berbau najis, maka ia digalakkan dibasuh terlebih dahulu, lebih-lebih lagi sebelum merebusnya.

Hukum menjadi wajib basuh jika diyakini najis pada kulit telur itu akan mengenai isi telur berkenaan.

***Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed merupakan pendakwah bebas dan penulis.