Zahid, Hadi bincang kukuhkan penyatuan ummah

Iklan
Ahmad Zahid menerima kunjungan Abdul Hadi di kediamannya hari ini.

SHAH ALAM - Menjelang Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September ini menunjukkan perkembangan kerjasama yang semakin positif antara UMNO dengan Pas.

Terbaharu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuat naik hantaran dan gambar kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pimpinan parti itu ke kediamannya hari ini.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bersama saf kepimpinan UMNO serta Pas di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu hari ini.

Turut hadir pimpinan UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

"Ada beberapa insan yang membuatkan dunia ini lebih baik kerana keberadaannya. Kalian adalah salah seorang dari insan tersebut.

"Pertemuan dan perbincangan saya dan rakan-rakan kepimpinan UMNO bersama Presiden Pas dan saf kepimpinan parti diadakan di kediaman saya.

Iklan

"Pertemuan dan perbincangan amat positif dan memperkukuhkan lagi penyatuan ummah," katanya.

Ahmad Zahid menerima kunjungan Abdul Hadi di kediamannya hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kunjungan Abdul Hadi dan saf kepimpinan Pas ke kediaman Ahmad Zahid bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September depan.

"Tidak ada perbincangan berkaitan isu lain, cuma santai sahaja. Kita bincang mengenai perkembangan menuju ke tarikh himpunan itu.

"Setakat ini segalanya adalah baik dan positif daripada kedua-dua parti," katanya.