PUTRAJAYA - Orang ramai dan peniaga tidak dibenarkan membawa atau menjual belon helium di Dataran Putrajaya di sini semasa raptai penuh Hari Kebangsaan 2019 esok dan hari sambutan pada Sabtu ini.
Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu notis hari ini berkata, larangan itu bertujuan memastikan kelancaran acara dan keselamatan ruang udara di Putrajaya yang akan digunakan oleh pesawat-pesawat untuk membuat pertunjukan pada hari tersebut.