'Kerajaan perlu larang cerut berbanding vape'

Iklan
Mohd Mustaffa Hamzah pada sidang media di Matic, Kuala Lumpur. FOTO:ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap tidak berat sebelah dalam mengambil tindakan bagi mengekang penggunaan cerut yang mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Setiausaha Eksekutif Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Datuk Mohd Mustaffa Hamzah berkata, kerajaan menggunakan pelbagai cara untuk memberi tekanan kepada industri vape, namun tidak berbuat demikian terhadap cerut.

Iklan
Iklan

"Kami berharap agar kerajaan tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam mengambil tindakan terhadap perkara tersebut. Kekanglah cerut yang memang terang-terang lebih berbahaya daripada vape.

"Adakah disebabkan vape harganya murah, digunakan orang bawahan maka ia tidak ditekan sedangkan cerut yang memang bahaya seakan tidak dipedulikan. Janganlah ‘double standard’ dalam isu ini,” katanya pada sidang media beberapa pengusaha vape di sini petang tadi.

Iklan

Sidang akhbar itu turut dihadiri turut dihadiri Presiden MPVM, Syed Azaudin Syed Azman, Presiden Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif (MEVTA), Rizani Zakaria dan wakil 16 Persatuan Pengusaha Vape Negeri yang mewakili suara hampir 5,000 pengusaha.

Beliau berkata, pengusaha meminta kementerian terlibat mengawal selia industri tersebut dan bukannya menekan premis-premis yang menjual rokok elektronik berkenaan.

Iklan

"Kami minta kementerian bekerjasama dalam menangani isu ini. Jangan kekang perniagaan kami. Jangan kekang orang muda yang gunakan vape sebagai alternatif berhenti merokok,” katanya.

Baru-baru ini, sebanyak 66,988 botol cecair rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta dirampas Kementerian Kesihatan dalam operasi besar-besaran di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi kementerian itu adalah susulan isu tular pelajar menghisap rokok elektronik atau vape.

Julai lepas, Presiden DVPM, Syed Azaudin sebelum ini memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta supaya mengawal penjualan dalam talian khususnya berkaitan vape.

Menurutnya, DPVM mengambil ketetapan mencadangkan vape diselia sebagai produk pengguna dan mengharamkan penjualannya kepada individu bawah 18 tahun serta menghadkan kandungan nikotin pada bawah enam miligram.

DPVM juga memohon KPDNHEP mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menjual vape kepada individu di bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Gesa kerajaan bendung penjualan vape dalam talian