Hampir 3,000 naskah al-Quran, muqaddam tiada kelulusan dirampas
Iklan
Zaki Mohamed
ALOR SETAR - Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah merampas 2,996 naskah al-Quran dan muqaddam bernilai RM65,382 dalam beberapa operasi antara bulan Januari dan Julai lepas.
Pengarahnya, Zaki Mohamed berkata, semua rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan premis menjual buku selain kaki lima premis.
Iklan
Iklan
"Kesemua al-Quran dan muqaddam ini tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), kita harap umat Islam di Malaysia lebih berhati-hati membeli al-Quran dan perlu pastikan ada cop kelulusan KDN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu beliau berkata pihaknya akan melupuskan sejumlah 3,098 naskah al-Quran termasuk al-Quran digital, muqaddam dan bingkai ayat suci al-Quran yang dirampas bermula Disember tahun lalu hingga Jun tahun ini dengan cara pembakaran secara tertutup sebelum abunya dilepaskan ke dalam laut.
Iklan
"Pelupusan ini dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada LPPPQ dan mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.
Zaki menyeru orang ramai supaya menghantar al-Quran yang mahu dilupuskan kepada PKK KDN supaya ia dapat dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam Islam.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>