KUANTAN - Sebuah pusat hiburan yang menyajikan aksi tarian tiang di sini diserbu Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang malam tadi.
Hasil serbuan jam 11 malam itu, sembilan wanita warga Thailand berusia 20 hingga 32 tahun ditahan.
Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Muhammad Hatta Kassim berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya turut menahan dua pekerja warga Bangladesh berusia 20-an untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi itu dilancarkan selepas risikan pihaknya sejak minggu lalu berkaitan aktiviti tidak bermoral yang berselindung di sebalik pusat hiburan tersebut.
"Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen negeri untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.
"Mereka ditahan untuk tempoh 14 hari sebelum dibawa ke Mahkamah Pendatang Asing Tanpa Izin di Temerloh untuk pendakwaan,’katanya.
Pusat hiburan dipercayai beroperasi sejak tahun lalu menjadikan aksi tarian tiang gadis dari Thailand bagi menarik perhatian pelanggan.
Muhammad Hatta berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan di tujuh rumah kongsi didiami warga asing dan sebuah lagi pusat hiburan di sekitar daerah ini.
Katanya, hasil pemeriksaan itu, pihaknya berjaya menahan 31 warga asing berusia 17 hingga 50 tahun atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan menyalahguna pas lawatan sosial.
Beliau berkata, daripada keseluruhan yang ditahan, tujuh daripada mereka disahkan positif dadah.