Al-Ikhsan Sports rai hari kemerdekaan dengan koleksi edisi terhad merdeka

Iklan
AL IKHSAN Sports telah melancarkan koleksi edisi terhad Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62.

AL-IKHSAN Sports, satu jenama naungan syarikat peneraju barangan sukan nombor satu di Malaysia, melancarkan koleksi edisi terhad Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62.

Ia terdiri daripada baju polo dan baju-T yang menampilkan empat variasi rekaan yang bertemakan patriotisme pada harga bermula dari RM39 hingga RM59.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla berkata, Al-Ikhsan Sports merupakan satu-satunya peneraju barangan sukan yang menghasilkan koleksi pakaian merdeka.

"Pada 10 hari pertama sahaja, kami telah mencatatkan 60 peratus jualan untuk koleksi itu sejak dilancarkan dan ia sekali gus menunjukkan para pelanggan amat gembira dengan koleksi edisi terhad itu.

"Hal tersebut menjadikan kami lebih yakin untuk meneruskan inisiatif itu dan memberikan produk sukan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

Iklan
Iklan