SHOPEE, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan ikon bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbaharunya.
Ronaldo akan bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengguna di rantau ini, bermula dengan kempen membeli-belah tahunan utama Shopee, Shopee 9.9 Super Shopping Day.
Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng ketika ditemui berkata, bersama dengan personaliti itu, pihaknya berharap untuk membawa kesan positif yang berkekalan.
Sementara itu, dalam reaksi balas Ronaldo, selebriti itu berkata, beliau berbangga menjadi duta jenama Shopee.
"Kami berkongsi cita-cita yang sama iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kepakaran kami.
"Saya sentiasa memperbaiki permainan saya untuk peminat dan pasukan saya, sama seperti Shopee sentiasa berusaha untuk membawa inovasi demi manfaat pengguna di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan khas dibacakan pada majlis memperkenalkan beliau sebagai duta Shopee dan kempen baharu itu.
Penglibatan Cristiano Ranoldo pada kempen Shopee 9.9 Super Shopping DayRonaldo akan menjadi bintang utama iklan televisyen baharu Shopee yang sudah pun disiarkan pada 16 Ogos lalu di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.
Buat kali pertama di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live.
Maklumat lanjut akan diumumkan di aplikasi Shopee dan platform media sosial pada masa akan datang.
Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee dengan melayari https://shopee.com.my/shopeexronaldo Orang ramai boleh muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui App Store atau Google Play Store.