Tak setuju guna ganja seperti Thailand

Iklan
Mohamad Fuzi (tengah) dalam sidang media di Majlis Raikan Cinta Raja Sehari Warga Polis Diraja Malaysia Dengan Kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad, di Pulapol.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju dengan meluluskan penggunaan produk ganja seperti yang diluluskan oleh negara jiran, Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pandangan ini telah pihaknya kemukakan kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.

Iklan
Iklan

"Sekiranya ia berlaku di negara ia, ia akan merumitkan lagi masalah penagihan dadah di negara kita.

"Malah, kita juga khuatir dengan kemungkinan lambakan ganja yang akan diseludup masuk ke negara kita," katanya katanya pada Majlis Raikan Cinta Raja Sehari Warga Polis Diraja Malaysia Dengan Kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad, di Pulapol di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat kerajaan Thailand.

Jelasnya, pihaknya bagaimanapun berusaha meningkatkan kawalan di seluruh sempadan negara agar tidak berlaku kegiatan penyeludupan ganja termasuklah pelbagai jenis dadah lain.

Iklan

Baru-baru ini, kerajaan Thailand meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dengan pindaan tersebut, jawatankuasa kawalan narkotik mempunyai kuasa untuk membenarkan pemilikan, pengeluaran, penggunaan, import dan eksport ganja dan ketum, serta undang-undang (regulations) yang berkaitan dengannya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi turut memaklumkan indeks jenayah dalam negara mencatatkan penurunan.

"Pada November lalu, terdapat penurunan 10.7 peratus dan indeks ini sentiasa mencatatkan penurunan setiap tahun.

"Namun, kita masih dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat ke tahap yang benar-benar memuaskan berhubung pencapaian ini. Antara fokus yang kita tekankan adalah usaha membanteras rasuah di kalangan warga PDRM dan perangi judi," katanya.