Pesara hospital ditemukan lemas

Iklan
Allahyarham Sa'don selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Ibrahim pagi tadi.

PONTIAN - Mayat seorang pesara kakitangan Hospital Pontian yang dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di laut dekat kawasan Pontian Besar ditemui petang semalam.

Mayat Sa'don Mohamad, 67, ditemui terapung berhampiran bot kira-kira jam 6.15 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa yang beralamat di Lorong Wanita di sini keluar ke laut untuk menangkap ikan kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, bagaimanapun mangsa tidak pulang seperti kebiasaan iaitu selepas Zohor.

Iklan

"Rakan yang mencari mangsa menemui mangsa terapung berhampiran bot dan pukatnya.

"Mayat mangsa dibawa ke jeti Sri Dungun Pontian Besar sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pontian.

Iklan

Pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada kesan jenayah," katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Ibrahim pagi tadi.